Cara Memasak
-
1
Cara siang belangkas (suami faa siangkan, faa tukang masak je 😅)
Belah dua belangkas, keluarkan telurnya dan letak dalam tapis, kaut telur dia sahaja.
Ambil kakinya, buang bahagian hujung.
-
2
Basuh bersih kaki dan telur belangkas. Basuh sampai hilang lendirnya. Toskan sampai kering
-
3
Didihkan 1 liter air dengan asam keping. Bila air dah mendidih, masukkan kaki & telur belangkas. Celur 2 minit, tutup api. Tapiskan, buang airnya.
-
4
Kisar bahan *.
Masukkan bahan kisar kedalam kuali bersama serai ketuk.
Kacau dan biar sampai sampai kering. -
5
Bila dah kering air, masukkan kaki & telur belangkas. Kacau sebati.
-
6
Tambah 2 cawan air, santan dan daun kunyit. Kacau dan biar mendidih. Perasakan dengan garam & Ajinomoto secukup rasa.
-
7
Bila dah masak sekata, tutup api. Jangan masak lama sangat. Siap.